Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Anak Lanjut Pelajaran Ke UK, Ini Pesanan Azhar Sulaiman

today20 September 2022

Background

Pelakon Azhar Sulaiman berharap anaknya, pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona yang melanjutkan pelajaran ke luar negara dapat membawa imej baharu sebaik sahaja pulang ke tanah air.

Azhar, 51, menerusi hantaran di laman Instagram memaklumkan, tempoh tiga tahun bukanlah tempoh yang lama untuknya dan keluarga apabila terpaksa melepaskan anaknya itu ke United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran.

Malah, pelakon filem Mira Edora ini juga berharap pemergian Leona ini dapat membuatkannya menjadi individu yang lebih baik.

“Mami tak rasa sedih sangat mungkin sebab mereka dari kecik dah biasa mengembara seluruh dunia sebab sertai event Jamboree Pengakap / Girl Guides Dunia.

“Tiga tahun tak lama dan cukup masa untuk Leona balik dengan imej baru…. United Kingdom kan sejuk. Hahaha,” selorohnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

 

Sementara itu, Leona juga dilihat tidak dapat menahan sebak apabila memuat naik sebuah video menerusi akaun TikTok miliknya baru-baru ini.

Difahamkan, selain Leona, kembarnya, Rees Andika Pahamin turut sama melanjutkan pelajaran ke United Kingdom namun berlainan tempat pengajian.

 

Terdahulu, Kasih Iris Leona mencuri pemerhatian warganet selepas sering terpalit dengan beberapa isu kontroversi melibatkan dirinya selain penampilan yang mencolok mata.

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Azhar Sulaiman Jalin Hubungan Dengan Suami Orang? Kasih Iris Leona Dedah Tuduhan Kebas RM3,000 Sebulan & Digelar β€˜Scammer’

ARTIKEL BERKAITAN:β€œTolong β€˜Stop’ Guna Nama Saya!” – Anak Azhar Sulaiman β€˜Muak’ Terima Kecaman Setiap Hari Gara-Gara…

ARTIKEL BERKAITAN:β€œHari-Hari Dia Buat Saya Panas Bont*t, Tapi…” – Isu Seksi, Azhar Sulaiman Akui β€˜Penat’ Nasihatkan Anak Sendiri

Written by: Salma


Previous post