Suria berkata kali terakhir beliau bercakap dengan ibunya adalah pada awal pagi hari kejadian.
“Saya hubungi dia pukul 1.30 pagi pada hari kejadian dan beritahu saya mencacah tatu nama dia…ibu sangat gembira dan saya dapat rasakan nada gembira melalui suaranya itu.
“Pada pagi sebelum ibu jatuh, dia ada menghubungi saya, tetapi disebabkan telefon saya kehabisan bateri saya tidak dapat bercakap dengannya,” katanya.
Sejurus mendapat khabar sedih itu, Suria terus bergegas masuk ke negara ini dari Thailand melalui pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam di Kedah dan menempuh lebih 476 kilometer untuk ke ibu negara.
Menurut Suria, beliau dan keluarga berharap jasad ibunya ditemukan segera dan mahu disemadikan di kampung mereka di Kuppam, Andhra, India.
“Saya tidak mahu ibu terseksa, sudah lima hari kejadian dan kami sudah reda,” katanya lagi.
Pada Jumaat lepas, wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter…