Pasangan itu bersama seorang lagi anak mereka, Rodiah Me, 19, ditemui di pejabat peguam yang mewakili mereka, Datuk Bob Arumugam di sini pada Khamis, 26 September.
Noriah berkata, pihak keluarga juga kesal kerana tidak dibenarkan untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lokap bagi melihat sendiri kejadian sebenar yang berlaku.
Menurutnya, anaknya ditahan bersama seorang rakan di Sungai Miang, Pekan kerana disyaki terlibat dalam kes curi motosikal pada 1 Mei lalu.
“Kira-kira jam 3 pagi, 4 Mei lalu, kami menerima panggilan daripada pihak polis memaklumkan anak lelaki saya meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.
“Kami ke HTAA dan mayat diserahkan kepada keluarga selepas selesai bedah siasat untuk dibawa pulang dan dikebumikan.
“Selepas itu, kami langsung tidak menerima sebarang jawapan kes ini walaupun beberapa kali cuba menghubungi pegawai terlibat melalui panggilan telefon dan pesanan WhatsApp untuk mengetahui…