
PETALING JAYA: Kamaluddin Abdullah, anak bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi, menafikan beliau memberitahu anak Dr Mahathir Mohamad tiba ‘gilirannya’ untuk mencuri wang atau memperkayakan diri menggunakan kedudukan politik bapanya.
Kamaluddin tegas menafikan dakwaan itu dan berkata Mahathir ‘jelas sangat kecewa dan sangat marah dengan banyak perkara dan individu’.
“Hal yang terbaik yang kita boleh lakukan adalah berdoa untuk kesejahteraannya dan berharap agar di hujung usianya, beliau menemui kedamaian dalam diri,” katanya dalam hantaran Instagram malam tadi.
Jumaat lalu, Mahathir mendakwa terkejut selepas mendapat tahu daripada anaknya perbualan yang didakwa pernah berlaku dengan Kamaluddin.
“Mereka (pengganti saya) percaya semasa saya menjadi perdana menteri, saya menyalahgunakan kuasa dan korup.
“Anak Abdullah…