Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Anak Paskal Betul!” – Usia 3 Tahun, Alisa Anak Hanis Zalikha & Hairul Azreen Dah Pandai Berenang

today15 January 2023

Background

Umum mengetahui, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering berkongsi mengenai aktiviti yang dilakukan mereka bersama dengan anak-anak sehingga berjaya meraih perhatian ramai.

Baru-baru ini, Hairul berkongsi video yang memaparkan anak perempuannya, Alisa Aisyah sedang bermain kolam renang.

Menerusi hantaran tersebut, Hairul melepaskan Alisa ke dalam kolam renang dan membiarkannya berenang dengan sendiri.

Perkongsian tersebut juga turut dirakam oleh Hanis yang sedang melihat suami dan anaknya itu bermain kolam renang.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah keberanian Alisa yang pintar berenang itu walaupun baru berusia tiga tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji sikap Hairul dan Hanis yang mengajar anak-anak mereka melakukan aktiviti lasak sebegini di awal usia kanak-kanak.

“She is gonna be a stronger woman in future.

“Anak Paskal betul Alisa.

“Bagus dapat ajar anak-anak kecik survivor macam ini. Persiapan untuk mereka bila meningkat remaja nanti.

“Omeynya Alisa. Bagus ajar awal-awal tak adalah nanti nak mandi laut terkapai-kapai nak berenang macam auntie,” komen netizen

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang mengatakan bahawa pasangan suami isteri ini sudah mengajar anak-anak mereka berenang semenjak awal lagi dan oleh kerana itu, mereka berani melepaskan Alisa ke dalam kolam renang secara bersendirian.

“Dia dah latih anak-anak dia dari kecik guys. That’s why lah dia boleh main campak macam tu. Kalau anak dia tak pandai berenang dia pun tak adanya nak campak anak macam tu. Dia tu parents and dia tahu apa yang dia buat. Dia tahu kebolehan anak dia,” komen netizen.

Sekadar info, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 6 dan Alisa Aisyah, 3.

 

Written by: Salma


Previous post