Hot FM

Anak peguam terkenal maut kemalangan di Karak rancang kahwin tahun depan


Rakan-rakan mengusung jenazah Adli Hakim Akberdin untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam pada petang tadi. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:

Bapa kepada seorang daripada tiga mangsa kemalangan maut di KM34, Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur awal pagi tadi memberitahu bahawa anaknya berhasrat mendirikan rumah tangga tahun depan dengan seorang rakan baiknya.

Akberdin Abdul Kader, 62, yang juga peguam terkemuka berkata anaknya, Adli Hakim Akberdin, 24, yang merancang untuk berkahwin dengan rakan baiknya Athirah Najwa Mohd Tajul Ashikin, 27, yang turut cedera parah dalam kejadian itu.

“Gadis yang parah itu (Athirah Najwa) sepatutnya menjadi bakal isteri anak saya dan kami memang sudah merancang untuk mereka berkahwin pada tahun depan kerana hubungan mereka berdua sememangnya sangat rapat.

“Saya amat mengenali gadis itu kerana dia adalah seorang daripada kawan baik anak saya sejak tiga atau empat tahun lepas. Dia juga sering datang berkunjung ke rumah kami…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version