Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Anak pemilik restoran disyaki dibunuh, kenderaan dibakar

today25 July 2024

Background


Keadaan pacuan empat roda mangsa yang hangus terbakar. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang hilang sejak Ahad lalu dipercayai dibunuh apabila kenderaan terbakar dan mayatnya ditemui di kawasan semak dekat sebuah ladang di Kampung Sungai Memanjang, Sandakan.

Mayat Naufal Abdul Rashid, 35, ditemui kira-kira 11 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Sandakan Ramasamy Kuppan berkata sepasukan polis digerakkan untuk pemeriksaan lanjut selepas laporan awal diterima berhubung penemuan sebuah pacuan empat roda terbakar di kawasan itu.

“Setiba di lokasi, didapati sebuah kenderaan pacuan empat roda terbakar, namun tiada individu di dalam kenderaan berkenaan.

“Anggota polis kemudian menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kenderaan itu dan menemui satu mayat lelaki disyaki berkaitan laporan orang hilang pada Ahad lalu,” katanya menurut Harian Metro.

Terdahulu, tular di media sosial kehilangan seorang lelaki yang juga anak pemilik restoran Supreme kira-kira 3 petang Ahad…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Liek Hou siap sedia pertahan emas Paralimpik 2024

Kuala Lumpur: Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou sudah bersedia sepenuhnya untuk melunaskan misi mempertahankan pingat emas acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Paris 2024 berlangsung pada 28 Ogos hingga 8 September depan.

today25 July 2024