Hakim Mahkamah Sesyen membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan mengesahkan Jabatan Peguam Negara menerima representasi dikemukakan.

KUALA LUMPUR: Anak saudara bekas Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa dan bekas pekerjanya dibebas dan dilepaskan Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM65,000 daripada warga asing.
Naveen Kularasa Rasiah dan Nico Kam didakwa meminta dan menerima rasuah untuk “menutup kes” penyalahgunaan kelayakan akademik bagi kemasukan pekerja asing oleh sebuah syarikat.
Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas menerima permohonan peguam M Puravelan, mewakili Naveen dan Ramesh Sivakumar yang mewakili Kam.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norhalis Mat memaklumkan Azura, Jabatan Peguam Negara setuju menarik balik pertuduhan selepas menerima representasi dikemukakan bagi pihak kedua-dua tertuduh.
BERITA LANJUT MENYUSUL
