PETALING JAYA: Bagaimana jika sayuran-sayuran yang anda tanam boleh tumbuh dan membesar dengan berkesan walau dalam cuaca tidak menentu?
Penambahbaikan itu telah tiba, hasil teknologi sama membolehkan televisyen menghasilkan pelbagai warna yang realistik dengan cekap, berasaskan kristal nano dikenali sebagai ‘quantum dot’.
“Kita sembur pada padi, kita ukur, kita nampak peningkatan fotosintesis yang orang kata ‘unprecedented’, tak pernah dilihat sebelum ini oleh pakar fotosintesis,” kata Suraya Abdul Rashid, pengarah Institut Nanosains dan Nanoteknologi di Universiti Putra Malaysia, serta pengasas Qarbotech Sdn Bhd, yang menghasilkan semburan Harvast dan Harvast+.
Dilancarkan pada 2018, pemakaian teknologi memuncul berasaskan partikel nano ini tergendala lantaran wabak Covid-19. Suraya percaya semburan ciptaan anak tempatan ini berpotensi membawa…