Menerusi video yang dimuat naik oleh @hezrazenky, kelihatan seekor anjing sedang meminta bantuan seorang pemuda untuk menyelamatkan anaknya yang terperangkap di dalam longkang.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila anjing tersebut pandai menunjukkan arah di mana keberadaan anak-anaknya itu.
Pada akhir video, pemuda tersebut dilihat menyelamatkan anak-anak anjing itu sambil membebel seperti mak-mak. “Hah main lagi dalam longkang”, bebelnya.