Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ancaman bom di sekolah palsu, kata KPN

today21 November 2023

Background


Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata ancaman itu diterima melalui dua akaun emel menggunakan nama β€˜Takstorer’ dari bahasa Jerman yang bermaksud β€˜pengganggu kententeraman.

PETALING JAYA: Ancaman bom diterima sekolah di seluruh negara adalah palsu, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Razarudin berkata, polis menerima 19 laporan mengenai ancaman bom palsu melibatkan sekolah kerajaan, antarabangsa dan swasta di seluruh negara.

Katanya, tujuh daripada laporan itu diterima di Selangor, lima (Kuala Lumpur), tiga (Johor), dua (Pulau Pinang) serta masing-masing satu di Perak dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, ancaman itu diterima melalui dua akaun emel menggunakan nama β€œTakstorer” dari bahasa Jerman yang bermaksud β€œpengganggu kententeraman”.

β€œPolis juga mendapati alamat emel yang digunakan bagi menghantar ancaman bom palsu itu baru dicipta dan belum pernah digunakan di mana-mana servis internet,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, namun kandungan emel itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post