
Pakar memberi amaran kanak-kanak berusia sembilan hingga 15 tahun berisiko tinggi terdedah kepada bahaya dalam alam maya yang mengandungi pelbagai kandungan membimbangkan.
Shamir Rajadurai kelompok itu sudah bebas melayari internet tetapi belum cukup matang untuk memahami risiko yang kompleks.
“Kanak-kanak perempuan dan wanita muda, kanak-kanak pelarian, migran dan daripada keluarga B40, serta kanak-kanak kurang upaya juga berdepan risiko lebih tinggi,” kata pakar pencegahan jenayah dari Prevent Crime Now dan AntiBuli.My itu kepada FMT.
Akta Keselamatan Dalam Talian yang berkuat kuasa hari ini mewajibkan platform digital mengutamakan keselamatan kanak-kanak dalam reka bentuk dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pemantauan ibu bapa atau bantuan selepas sesuatu kejadian berlaku.
Antara…