
KUALA LUMPUR: Industri keluli dan aluminium Malaysia tidak akan terjejas teruk oleh tarif perdagangan Amerika Syarikat ke atas sektor itu, menurut menteri pelaburan, perdagangan dan industri.
Tengku Zafrul Aziz berkata moratorium dua tahun yang dikenakan pada 2023 untuk menangani lebihan kapasiti dan pengembangan industri keluli dan aluminium Malaysia akan mengurangkan kesan perintah eksekutif Presiden Donald Trump, yang mengenakan tarif 25% ke atas import keluli dan aluminium mulai 12 Mac.
“Apa pun yang berlaku di AS, Malaysia bukanlah pengeksport utama (keluli dan aluminium). Eksport terbesar kita (ke AS) adalah daripada sektor elektrik dan elektronik (E&E), yang lebih ketara,” katanya pada sidang media di tepian Persidangan China: Asia Tenggara 2025.
Tengku Zafrul mengulas seruan Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (Misif) minggu lepas yang menggesa…