Peminat Matcha pasti mengenali Niko Neko Matcha kerana ia merupakan pembekal matcha powder yang terkenal di Malaysia. Bukan sahaja matcha powder, kafe ini turut menyediakan pelbagai jenis minuman serta pencuci mulut yang diperbuat daripada serbuk matcha premium mereka.
Tambahan pula, cafe Niko Neko Matcha juga mempunyai interior yang sangat aesthetic. Bolehlah ambil gambar ataupun OOTD! Jika anda pergi ke cafe ini, pastikan anda cuba Matcha Latte mereka!
Niko Neko / The Concept Store 1.5
Alamat: 82A, Lorong Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin hingga Ahad (11:00 AM hingga 6:00 PM), Rabu (Tutup)
Niko Neko / The Concept Store 2.0
Alamat: 181, Jalan Tun HS Lee, Chinatown, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (11:00 am hingga 6:00 PM), Isnin (Tutup)