Pada minggu lalu kisah seorang lelaki berjaya menjual Yamaha RX-Z ‘Catalyzer’ dengan menukar motosikalnya dengan sebidang tanah di Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan menjadi perbualan warganet.
Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Orang ramai memberikan pelbagai reaksi terhadap ‘kisah luar biasa’ itu. Ramai yang beranggapan pertukaran itu merupakan ‘satu kerja gila’, bagaimanapun ada sekumpulan kecil berpendapat itulah ‘nilai’ sebuah motosikal RX-Z…