
KANGAR: Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis dan seorang nelayan direman enam hari hingga 8 Feb bagi membantu siasatan berhubung kes menerima suapan bulanan.
Permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas ketiga-tiga suspek berusia 40-an itu dibenarkan Majistret Siti Norhasliza Md Ali.
Menurut sumber SPRM, dua anggota penguat kuasa APMM itu dipercayai menerima suapan bulanan daripada pengusaha bot nelayan sejak dua hingga tiga tahun lepas, manakala nelayan warga tempatan itu ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai terlibat sebagai proksi.
Beliau berkata, wang suapan tersebut diberikan oleh beberapa pengusaha bot sekitar negeri ini sebagai dorongan mengelak bot mereka diperiksa anggota penguat kuasa APMM ketika melakukan…