Dalam video yang tular di media sosial, difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Ia selepas didakwa berlaku susulan terdapat kanak-kanak bermain bunga api dalam sebuah bilik kediaman sebelum berlaku kebakaran.
Menerusi laporan Harian Metro, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, Mohd Faizwan Che Amat berkata, anggota bomba terpaksa mengambil sedikit masa bagi operasi pemadaman berikutan pili berhampiran lokasi kejadian tidak dapat digunakan.
“Apabila tiba didapati keadaan pili bomba berdekatan tempat kejadian rosak akibat perbuatan vandalisme.
“Namun, kita berjaya mengawal kebakaran dari merebak dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berdekatan,” katanya.