
PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di Melaka menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM80,000 terhadap seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang didapati bersalah atas lapan tuduhan memberi rasuah kepada anggota lain, enam tahun lepas.
Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman setahun penjara dan denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan selepas memutuskan Che Fadzlie Izwan Che Johari, 38, bersalah, lapor Bernama.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.
Mengikut pertuduhan, Che Fadzlie didakwa memberi rasuah RM4,250 kepada anggota JPJ lain sebagai upah untuk tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang melakukan kesalahan membawa lebih muatan.
Kesalahan itu dilakukan dalam lapan perjumpaan berasingan di JPJ Melaka Tengah antara Jan 2019 hingga Dis 2020 dan pertuduhan terhadap…