Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Anggota Malbatt meninggal dunia di Lubnan

today19 May 2024

Background


Sarjan Faridah Abd Rahman, 36, bertugas di Kem Marakah, Lubnan sebagai penyelia kanan hal ehwal Islam dalam pasukan Malbatt 850-11 Unifil. (Gambar ATM)

PETALING JAYA: Seorang pegawai tidak tauliah kanan dalam pasukan Malbatt 850-11 bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) meninggal dunia di Kem Marakah awal pagi semalam.

Menurut Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sarjan Faridah Abd Rahman, 36, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada 2.25 pagi waktu Lubnan semalam (7.25 pagi waktu Malaysia) apabila rebah setelah turun dari bas.

Faridah, yang berasal dari Pendang, Kedah, itu baru kembali ke Kem Marakah untuk bertugas setelah bercuti di Malaysia.

“Jenazah akan dihantar ke Hospital Hammoud, Saida di Lubnan untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Proses bedah siasat akan dilaksanakan hari ini iaitu pukul 3.30 petang waktu Malaysia,” menurut ATM dalam kenyataan, lapor Bernama.

“Markas Angkatan Bersama yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Mural Faisal Halim untuk orang ingat peristiwa menimpanya

Kuala Lumpur: "Saya ambil 'job' melukis mural Faisal Halim sebagai tanda sokongan solidariti terhadap insiden (simbah asid) menimpa dirinya," kata pelukis Dhiyaul Mohamad Ashraf Dawari, 33, yang melukis mural bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan Faisal Halim di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

today19 May 2024