Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Anggota polis didakwa bunuh Farah Kartini

today26 July 2024

Background


pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah
Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 26, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit. (Gambar Bernama)

HULU SELANGOR: Seorang anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit.

Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, 26, didakwa membunuh Nur Farah Kartini, yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam di sini antara 10 Julai hingga 15 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes itu disebut di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Alvarez umum pertarungan menentang Berlanga

Los Angeles: Bintang tinju Mexico, Canelo Alvarez mengumumkan bahawa dia akan mempertahankan gelaran dunia kelas pertengahan, super-middleweight pada 14 September menentang Edgar Berlanga masih belum tewas di Las Vegas.

today26 July 2024