
SEPANG: Muhsen Bujang, 34, sedang menjalankan tugasnya di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Taman Gemilang pada 18 Dis ketika menerima panggilan dari isterinya bahawa kediaman mereka di Kampung Cemperai dinaiki air.
Anggota dari Balai Polis Dengkil itu tiba di rumah kira-kira setengah jam selepas itu dan mendapati air telah naik sehingga paras lutut dan hanya mampu menyelamatkan dokumen penting dan keluarganya, memandangkan air naik terlalu cepat.
“Saya gunakan bot untuk ke rumah ketika itu, dan sebelum itu isteri sempat mengalihkan kereta manakala motosikal saya terperangkap di kawasan rumah,” kata bapa tiga anak itu kepada pemberita selepas menerima sumbangan mangsa banjir daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.
Muhsen merupakan salah seorang daripada 39 warga IPD Sepang yang terjejas akibat banjir pada 19…