
PETALING JAYA: Seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan selepas didakwa memeras wang daripada warga Palestin yang ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Batu 7, Jalan Gombak Lama di sini, Sabtu lalu.
Penahanan itu dibuat selepas mangsa yang juga penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) membuat laporan pada jam 11.42 pagi semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak Zainal Mohamed Mohamed, siasatan awal mendapati mangsa yang dalam perjalanan ke IPTA terbabit bersama bapanya telah ditahan di hadapan SK Gombak Utara.
Katanya, salah seorang daripada anggota polis yang menjalankan pemeriksaan lanjut mendapati bapanya tidak membawa pasport tetapi hanya menunjukkan gambar pasport menerusi telefon bimbit.
“Anggota tersebut dikatakan menerima sejumlah wang bagi melepaskan bapa…