Acryl Sani Abdullah Sani berkata, anggota itu juga berdepan tindakan dalaman kerana menggunakan kenderaan pasukan di luar waktu bertugas bagi menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.

KUALA LUMPUR: Anggota polis yang ditahan kerana disyaki menyeludup mercun dan bunga api di Machang, Kelantan Selasa lepas akan dikenakan tindakan tegas.
Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata selain berhadapan tindakan undang-undang, anggota itu juga akan dikenakan tindakan dalaman kerana menggunakan kenderaan pasukan di luar waktu bertugas bagi menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.
“Polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat bukti anggotanya terlibat dengan kegiatan jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Selasa lepas, seorang anggota polis berpangkat lans…