Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Anggota Rela meninggal dunia selepas rebah ketika perbarisan

today31 August 2023

Background


Ketua Polis Seremban Arifai Tarawe berkata bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan masalah jantung. (Gambar Facebook)

SEREMBAN: Seorang anggota Rela meninggal dunia selepas rebah ketika perbarisan lintas hormat sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 peringkat Negeri Sembilan di Dataran Majlis Bandaraya Seremban, pagi tadi.

Ketua Polis Seremban Arifai Tarawe berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia 53 tahun itu jatuh dan tidak sedarkan diri kira-kira 10 pagi, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar.

“Bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan masalah jantung dan pemeriksaan pada tubuh badan mangsa mendapati tiada unsur jenayah dikesan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata sesiapa yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Adi Khusaini Saripudin di talian 012-7707282 atau Ibu Pejabat Daerah Seremban di talian 06-6033222.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post