Hot FM

Anggota tentera tumbuk wanita dibebas dengan jaminan polis


Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din berkata, polis membebaskan suspek berusia 35 tahun itu selepas keterangannya selesai diambil. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang anggota tentera yang dipercayai menumbuk seorang wanita memandu Perodua Axia dalam kejadian di Senawang kelmarin telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din berkata, polis membebaskan suspek berusia 35 tahun itu selepas keterangannya selesai diambil dan siasatan kes diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Bukit Aman mengambil alih siasatan kes ini kerana suspek penjawat awam,” katanya, lapor Berita Harian.

Terdahulu tular sebuah klip video di media sosial menunjukkan seorang lelaki menyerang pemandu Perodua Axia yang dikatakan terlanggar anaknya berhampiran bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Mohamad Hatta dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Axia itu, yang dalam perjalanan dari Mydin Senawang menghala ke Senawang, tidak sempat mengelak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version