Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Anggun! Netizen Sifatkan Pakaian Nampak Normal, Baju Aina Abdul Menuai Pujian Netizen

today13 September 2022

Background

Penyanyi, Aina Abdul menerima pujian daripada warganet apabila busana yang dipakainya ketika membuat persembahan di malam kemuncak Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM23) pada Ahad.

Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, 29 sebelum ini sering terpalit dengan kontroversi mengenai fesyennya yang luar biasa ataupun pelik.

Menerusi ciapan di laman Twitter, rata-rata pengguna memuji penampilan fesyen Aina ketika membuat persembahan yang dikatakan lebih cantik.

“Kan elok sekali sekala berpakaian normal macam manusia biasa dari planet bumi,”Β tulis seorang pengguna.

Di ciapan yang sama, rata-rata warganet juga bersetuju dengan penampilan Aina yang dilihat lebih elegan ketika menghadiri anugerah berprestij itu.

“Kali ini setuju, boleh je pakai elok-elok macam manusia.

“Ini sangat cantik. Siapa pereka fesyen? Saya nak hubunginya nak ucap terima kasih.

“Masih paling unik dan cantik,” tulis netizen.

Menjengah ke Instagram pelantun lagu Terus Hidup itu, Aina ada memuat naik beberapa keping foto dirinya yang mengenakan busana serba putih itu.

“Alhamdulillah, selesai persembahan di AIM.

“Thank you my glam team yang siapkan Aina malam ini,” tulis Aina.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Aina Abdul tampil membuat persembahan pembukaan bersama Nikki Palikat dan Marsha Milan menerusi lagu Di Matamu nyanyian asal Sufian Suhaimi, Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli dan Sumpah nyanyian asal Naim Daniel.

Pada AIM23, Aina turut tercalon dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Nada Kalbu dan Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu Tunggu Kamu bersama Lah Ahmad.

Written by: Aqilah


Previous post