
PETALING JAYA: Angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku sekitar perairan negara bermula 29 hingga 31 Dis ini, menurut MetMalaysia.
Jabatan itu memaklumkan, angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50km/j dengan ombak hingga 3.5m dijangka melanda kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” menurut kenyataan MetMalaysia hari ini.
Selain itu, paras air laut turut diramalkan naik di kawasan perairan berkenaan bermula Ahad hingga Isnin dengan risiko limpahan air laut di pesisir pantai.
Katanya, angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian 3.5m turut dijangka membadai kawasan perairan selatan Samui, Tioman, selatan…