Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Angkat sumpah MB Kedah dijadual esok

today13 August 2023

Background


Sanusi Nor sebelum ini tidak dapat mengesahkan sama ada akan dilantik semula menerajui kerajaan Kedah. (Gambar Wikipedia)

PETALING JAYA: Istiadat mengangkat sumpah menteri besar Kedah baharu dijadual berlangsung di Istana Anak Bukit, Alor Setar, pagi esok.

Menurut Astro Awani, ia berdasarkan surat jemputan media dikeluarkan pihak Istana Kedah dengan istiadat berkenaan berlangsung pada 9 pagi.

Istiadat tersebut akan berlangsung di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Kata laporan itu, sidang media akan dibuat menteri besar baharu sejurus selesai istiadat angkat sumpah.

Bagaimanapun, masih tidak dapat disahkan sama ada Sanusi Nor akan kekal memegang jawatan tersebut atau sebaliknya.

Pada PRN Kedah, Perikatan Nasional (PN) Kedah menang 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan, sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti melebihi dua pertiga.

Semalam, Sanusi memaklumkan beliau sendiri tidak tahu sama ada namanya berada dalam senarai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Pertemuan Misbun, Norza mampu rungkai kemelut

Kuala Lumpur: Mungkin jika ada pertemuan empat mata antara bekas pengendali perseorangan remaja negara, Datuk Misbun Sidek dengan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria pertikaian antara kedua-dua belah pihak sudah menemui jalan penyelesaian.

today13 August 2023