
KUALA LUMPUR: Kejayaan beberapa siri animasi keluaran tempatan yang mencipta nama di luar negara, menunjukkan industri kreatif negara berada di landasan yang betul, kata pengasas platform penstriman Durioo+, Sinan Ismail.
Katanya, industri animasi negara kini semakin berkembang dan mencipta ribuan peluang pekerjaan, malah ada produk air tangan bakat tempatan ini ‘terbang’ jauh ke Jepun, seperti filem Mechamato Movie.
Mechamato Movie terbitan syarikat Monsta Studio memecah rekod ‘box office’ apabila berjaya mengutip RM30.75 juta selepas 22 hari ditayangkan di pawagam dalam negara pada 2022.
Filem itu berjaya mengatasi kutipan filem animasi gergasi Hollywood lain termasuk Minions 2: The Rise of Gru, Big Hero 6, Incredibles 2, Kung Fu Panda 2 dan How To Train Your Dragon: The Hidden World.
“Industri animasi kita sangat kukuh. Kita banyak bakat, banyak kisah yang baik untuk disampaikan, bukan Durioo+ sahaja…