Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Aniq Durar Tak Terasa Hati Ditegur Artis Senior

today6 September 2024

Background

Pelakon, Aniq Durar mengakui pernah menangis selepas ditegur oleh pelakon senior.

Meskipun tidak mendedahkan secara terperinci, namun Aniq atau nama sebenarnya Awangku Aniq Durar Pengiran Malyx, 31, berkata pengalaman tersebut membentuk dirinya untuk menjadi lebih baik dalam bidang lakonan.

“Sebagai pendatang baharu dalam industri hiburan, ditegur oleh pelakon senior itu adalah satu perkara biasa. Saya pernah kena tegur lepastu menangis.

“Saya keluar dari set penggambaran, pergi belakang kereta dan ambil masa sendirian untuk menangis sekejap, lepaskan segala rasa.

“Kadang-kala kena melalui fasa ‘down’ itu untuk belajar kuatkan diri. Selepas semua rasa itu dah hilang, saya kembali berlakon semula seperti tak ada apa yang berlaku.

“Bagi saya, teguran pelakon senior itu adalah satu tanda mereka mengambil berat dan mahu memberi tunjuk ajar dalam memperbaiki lakonan bakat muda,” katanya ketika ditemui XTRA.

Aniq Durar

Dalam pada itu, aktor filem Pagari Bulan Bintang ini mengakui tidak terasa hati apabila ditegur kerana menganggap teguran tersebut memberi kesan positif dalam perkembangan kerjayanya sebagai pelakon.

“Tak ada terasa hati, ini adalah kerjaya saya jadi kena bekerja dengan profesional. Malah saya juga tiada masalah dengan individu yang memarahi saya itu.

“Saya percaya bakat lakonan saya tidak akan semakin bertambah baik seperti sekarang sekiranya mereka tidak menegur saya,” katanya.

Aniq tampil dalam drama Tonton Original Series: My Stolen First Kiss bersama barisan pelakon baharu seperti Sofia Dendroff, Shaza Bae, Imran Aqil, Wanie Ooi, Alif Hadi, Wanns Ahmad dan ramai lagi.

Drama komedi romantik Tonton Original Series: My Stolen FIrst Kiss kini sudah mula tayangan sejak 19 Ogos lalu di platform penstriman Tonton.

Artikel Berkaitan: Kekalkan Keserasian Dengan Aniq Durar Jadi Cabaran Utama Sofia Dendroff Dalam Tonton Original Series: My Stolen First Kiss

Written by: Aqilah


Previous post