
PETALING JAYA:
Ketika Malaysia mara dengan undang-undang baharu seperti Akta Keselamatan Dalam Talian, pakar berpendapat reformasi undang-undang sahaja tidak memadai untuk melindungi kanak-kanak melainkan disertai anjakan budaya yang meletakkan tanggungjawab lebih besar pada orang dewasa, platform, dan komuniti.
Shamir Rajadurai, pakar pencegahan jenayah dari Prevent Crime Now dan AntiBuli.My, beritahu FMT bahawa platform mesti berhenti menganggap aspek keselamatan sebagai ‘sisipan’, sebaliknya perlu diterap dalam reka bentuk asal.
Beliau berkata akaun kanak-kanak sepatutnya secara automatik mempunyai tetapan paling ketat, termasuk hubungan terhad dengan orang asing, penapis yang lebih kuat,…