
PETALING JAYA: Polis mengeluarkan kompaun berjumlah RM56,000 selepas menyerbu sebuah pusat hiburan yang dijadikan lokasi penganjuran parti liar di Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, di ibu kota, malam semalam.
Serbuan dilakukan pada jam 10.50 malam turut menahan dua individu warga tempatan kerana disyaki bertindak sebagai penganjur dan penjaga premis tersebut.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor berkata, turut ditahan 33 pengunjung warga asing dari 21 negara.
Beliau berkata, ketika diserbu, polis mendapati pelanggan premis dalam keadaan mabuk serta bersesak hingga menyukarkan penjarakan sosial.
“Dalam operasi itu, seramai 88 pengunjung diperiksa termasuk 52 warga tempatan. Daripada jumlah itu, polis mengeluarkan kompaun ke…