Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Anna Jobling Selar Warganet Perleceh Fizikal Orang Lain – “Sebelum Kutuk Orang, Cermin Muka Sendiri Dulu”

today20 August 2022

Background

“Bagi saya, semua orang menawan dalam cara tersendiri. Semua ada kecantikan dalam dan luar. Kalau fokus kepada komen negatif, anda memang tak boleh pergi ke mana-mana.”

Itu pendapat pelakon baharu yang meningkat naik, Anna Jobling mengenai trend warganet yang sering meninggalkan komen mengutuk keadaan fizikal atau wajah seseorang.

Pemilik nama penuh Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, mahu mereka yang menjadi mangsa kutukan terus melangkah ke hadapan.

“Jadi, lebih baik fokus terhadap diri sendiri. Fokus kepada sasaran masing-masing, fokus kepada apa yang anda mahukan, Insya-Allah anda akan dapat apa yang anda mahukan.

“Kepada pengguna laman sosial yang berani mengutuk wajah atau fizikal orang lain, lihat muka sendiri dalam cermin dahulu sebab semua orang tak sempurna. Tak susah pun nak jadi positif, tak perlu pun nak burukkan atau cakap negatif pasal orang lain,” katanya.

Pemenang tempat keempat Dewi Remaja 2019 ini mengulas mengenai barisan peserta Dewi Remaja 2022 yang menjadi mangsa ‘face shaming’ oleh sesetengah netizen di laman sosial.

Anna ditemui di majlis pelancaran produk dan memperkenalkan duta terbaharu produk Mutyara di Wisma Mutyara di Puchong, Selangor baru-baru ini.

Menganggap tawaran ini sebagai rezeki untuk dirinya, Anna sendiri mengamalkan produk ini untuk kekal bertenaga.

“Lembaran kerjaya saya pada tahun ini dilimpahi dengan rezeki yang tak terduga. Selain kerjaya lakonan, saya sifatkan tawaran ini sebagai rezeki untuk saya.

“Saya sangat bersyukur atas kesempatan ini. Saya sendiri menggunakan jamu ini untuk mengekalkan tenaga memandangkan saya mempunyai jadual yang sibuk sehingga ke hujung tahun,” katanya lagi.

Written by: Aqilah


Previous post