
PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa adalah antara tiga pemimpin bahagian Umno yang dipecat oleh parti itu malam tadi, menurut sumber.
Semalam, dilaporkan Umno memecat seorang ketua bahagian dan ketua Wanita Umno dua bahagian kerana memburuk-burukkan parti dan menyokong lawan pada pilihan raya umum lalu.
Bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi yang memaklumkan kepada media mengenai pemecatan itu namun tidak mendedahkan identiti pemimpin parti tersebut.
Beberapa sumber Umno mendedahkan bahawa Annuar, bekas setiausaha agung Barisan Nasional adalah ketua bahagian yang dipecat.
Annuar, Ketua Umno Bahagian Ketereh, bersama Umno sejak 1979. Beliau digugurkan daripada senarai calon BN pada PRU15.
Annuar sebelum ini dilabel sebagai “mesra Bersatu” oleh penyokong Umno kerana desakan beliau untuk menyatukan parti itu dengan PAS dan Bersatu.
“Dua lagi yang dipecat adalah…