Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, sudah tiba masanya untuk beliau kembali meneruskan perjuangan politik secara berparti selepas tiga bulan memerhati arus politik negara.

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa berharap ada parti politik sudi menerimanya sebagai ahli biasa bagi meneruskan semula perjuangan politik secara berparti.
“Tiba masanya kini untuk kembali semula meneruskan perjuangan politik secara berparti, dengan memilih parti yang sesuai dengan jiwa perjuangan saya serta yang benar-benar berjuang menegakkan syiar agama serta membela bangsa dan negara.
“Semoga ada parti yang sudi menerima saya untuk berkhidmat sebagai ahli biasa mereka,” katanya di Facebook.
Katanya, walaupun tidak berparti selama tiga bulan, namun sepanjang tempoh tersebut beliau tetap memerhati arus dan pola politik negara.
“Sejak tahun 1979…
