

Anwar Ibrahim mendakwa Pakatan Harapan (PH) diheret menyertai PRN Johor kerana ada pihak mahu kembali berkuasa supaya bekas perdana menteri, Najib Razak, dapat dibebaskan.
Pengerusi PH itu berkata, sememangnya tiada keperluan untuk diadakan PRN Johor, namun ia berlaku disebabkan ada pihak beranggapan mereka cukup kuat.
“Pilihan raya tak perlu sekarang, dia paksa juga. Untuk apa? Sekarang kita dah tahu, sebab mereka rasa mereka cukup kuat nak berkuasa kembali seperti dulu, kemudian tentunya nak bebaskan Najib.
“Saya, bersama rakan-rakan PH diheret terpaksa masuk pilihan raya,” katanya ketika berucap pada ceramah mega PH di DUN Serom, Ledang, malam tadi.
Anwar berkata, PH menyertai PRN Johor bagi memastikan kestabilan politik menerusi kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
“Saya nak…