Site icon Hot FM

Anwar arah projek Kampung Sungai Baru tidak lagi ditangguh


Johari Ghani berkata, tiada lagi penangguhan diberikan kepada pemaju dalam proses pembangunan semula Kampung Sungai Baru.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan projek pembangunan semula kawasan di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, tidak ditangguhkan lagi, kata Johari Ghani.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, perkara itu dimaklumkan pada bulan lalu menerusi Pejabat Perdana Menteri (PMO).

“PMO sebelum ini sudah memberikan penangguhan hingga 31 Oktober 2023. Sekarang Oktober sudah habis, masuk November dan tiada lagi penangguhan. Pemaju kena selesaikan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana beliau bersetuju bahawa tidak ada lagi ‘extension’ (lanjutan),” katanya menurut Berita Harian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Deepavali kepada masyarakat India di Parlimen Titiwangsa.

Februari lalu, penduduk Kampung Sungai Baru menyerahkan memorandum supaya kerajaan membatalkan penangguhan projek pembangunan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version