
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membidas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz kerana menolak kemungkinan kesan kebankrapan Genting Hong Kong (GHK).
Anwar berkata, pihaknya bimbang dengan status kebankrapan syarikat itu akan menjejaskan rakyat Malaysia memandangkan kerajaan mempunyai kepentingan dalam bank-bank yang memberikan pinjaman tanpa bercagar kepada GHK.
Katanya, penjelasan Zafrul itu juga mengecewakan dan dilihat tersasar dari isu sebenar yang kini mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.
“Zafrul menyatakan bahawa pinjaman tanpa cagaran itu adalah norma dan praktik biasa dalam sektor perbankan, dan bank-bank tidak akan dihadapkan dengan kerugian.
“Lagak santai dan bersahaja beliau dalam memberi pencerahan…