
Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa golongan elit Malaysia menggunakan kekayaan mereka secara korup untuk mempengaruhi media antarabangsa, naratif dalam talian dan politik tempatan, dalam pada pentadbirannya sedang giat membanteras rasuah.
Berucap pada majlis berbuka puasa di Kulim, Anwar berkata, kenyataannya itu tidak hanya merujuk kepada pihak pembangkang, tetapi ‘semua pihak’.
“(Yang ada) dana yang besar ini mempengaruhi. Dan ini kita saksikan sekarang,” katanya.
“Sebab itu saya ingatkan … Jangan kita terjebak dan jadi perkakas. Kerana betapa pun kita berbeza pendapat, negara ini negara kita. Dan mesti kita selamatkan daripada pengaruh dari muslihat dan konspirasi asing.”
Anwar berkata, Malaysia mesti kekal tegas dalam menangani rasuah dan tidak mampu ‘ulangi kesilapan lalu’.
Beliau menambah, inilah…