Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Anwar bimbang sentimen, retorik kaum terus diapikan

today22 November 2022

Background



Anwar Ibrahim mengalu-alukan kenyataan tegas Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani untuk mengekang perkembangan yang mampu menggugat kemajmukan negara.

PETALING JAYA: Sentimen dan retorik perkauman yang terus diapikan oleh pihak terdesak menimbulkan kebimbangan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim, di tengah-tengah situasi penting bagi pembentukan kerajaan baharu.

Beliau yang juga presiden PKR, berkata usaha dan ikhtiar dalam menubuhkan kerajaan bertanggungjawab serta stabil tidak seharusnya berakhir dengan kekacauan.

β€œUsaha dan ikhtiar dalam menubuhkan kerajaan yang bertanggungjawab dan stabil tidak seharusnya berakhir dengan kekacauan kerana kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli, suku kaum Sabah dan Sarawak adalah bersaudara sebagai manusia dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

β€œSaya amat mengalu-alukan kenyataan tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dalam menghentikan perkembangan yang mampu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post