
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim mempunyai hak untuk memfailkan saman fitnah dalam kedua-dua kapasiti peribadi dan awam kerana undang-undang membenarkannya berbuat demikian walaupun beliau kini memegang jawatan awam yang sangat tinggi, kata seorang peguam.
Guok Ngek Seong berkata, keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan yang dikeluarkan tahun lepas menyatakan bahawa pegawai awam juga mempunyai reputasi untuk dilindungi.
Dalam kes itu, bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memenangi rayuannya terhadap kumpulan hak Melayu Perkasa yang melabelnya sebagai pengkhianat kerana didakwa mendedahkan rahsia negara kepada kerajaan Singapura.
Peguam itu berkata demikian sebagai respons kepada tindakan Anwar memfailkan empat saman fitnah terhadap pemimpin Bersatu dan PAS selepas beliau dilantik sebagai perdana…