Perdana menteri berkata kaedah itu dapat menjamin tender diberikan kepada syarikat berkemampuan untuk melaksanakan projek.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mencadangkan proses tender tanpa nama untuk projek mega bakal dilaksanakan kerajaan pada masa depan bagi memastikan ketelusan.
Beliau berkata, kaedah itu dapat menjamin tender diberikan kepada syarikat berkemampuan untuk melaksanakan projek berkenaan.
Katanya, perkara itu dicadangkan olehnya dalam mesyuarat jawatankuasa tender hari ini.
“Dengan ini, segala keputusan akan dibuat secara telus, berdasarkan kemampuan, rekod keupayaan serta keupayaan kewangan syarikat terlibat.
“Kami akan membuat keputusan tanpa pengetahuan siapa yang mendapat perolehan tender projek itu,” katanya dalam majlis makan malam ulang tahun Persatuan Pemaju…
