

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman berhubung pembayaran interim kepada Sarawak pada 16 Sept ini sempena sambutan Hari Malaysia.
Anwar berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Premier Sarawak Abang Johari Openg dalam beberapa hari akan datang berhubung bayaran interim itu.
Menurutnya, perbincangan akan memperhalusi bayaran itu dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara dan pendekatan lebih sesuai untuk Sarawak.
“Oleh itu, saya akan terus bincang dalam beberapa hari ini dengan Premier (Sarawak).
“Mudah-mudahan sebaik hari 16 Sept, Hari Malaysia di Kuching, saya boleh umumkan juga langkah interim untuk Sarawak,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) 2026…