
NEW YORK: Pembaharuan drastik, sistemik serta penjajaran semula keseluruhan institusi global penting dalam menangani jurang luas antara pertumbuhan ekonomi dengan pendapatan yang mengakibatkan perbezaan berterusan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, jika perkara itu tidak ditangani, dunia akan terus mengalami ketidaksamaan yang semakin ketara sekali gus membezakan negara dan rakyat.
“Ekonomi global juga diunjurkan terus dibelenggu ketidaktentuan geopolitik, gangguan rantaian bekalan, kenaikan harga komoditi serta keadaan kewangan mencabar,” katanya ketika menyampaikan kenyataan negara semasa perbahasan umum pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78.
Beliau berkata, apabila pertumbuhan pendapatan gagal menyamai pertumbuhan ekonomi, akibatnya isi rumah menjadi terbeban dengan hutang.
“Kita…
