
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyeru masyarakat dunia membina kesepakatan bagi menggantung atau menyingkir Israel daripada keanggotaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Menyampaikan kenyataan negara di Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam di Riyadh, Arab Saudi pada Isnin, Anwar mengulangi tindakan Israel melampaui batas kewarasan dan kemanusiaan dengan melakukan genosid terhadap rakyat Palestin.
Beliau berkata, tindakan keganasan rejim Zionis berterusan terhadap sebuah bangsa secara keseluruhan memaksa komuniti antarabangsa tiada pilihan, selain menuntut tindakan pantas dan berkesan, termasuk melaksanakan embargo, penggantungan dan bahkan pengusiran daripada PBB.
“Komuniti antarabangsa mesti bertindak pantas dan tegas. Sebagai langkah…