Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan kebimbangan dan menggesa pembebasan segera semua aktivis serta sukarelawan Malaysia yang ditahan oleh tentera Israel selepas konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) dipintas di perairan antarabangsa, pada Khamis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selepas Zizi Kirana, Kini Heliza Helmi & Hazwani Helmi Pula Ditahan Isr**l
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zizi Kirana Antara Rakyat Malaysia Yang Ditahan, Mohon Dibebaskan
PM gesa sukarelawan dibebaskan

Menerusi hantaran di media sosial rasmi, beliau menggesa agar semua aktivis dan sukarelawan terlibat dalam misi kemanusiaan yang ditahan rejim Zionis Israel dibebaskan segera.
Saya menggesa agar semua aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa dibebaskan dalam kadar segera! Ini sebuah misi kemanusiaan yang membawa orang awam tidak bersenjata bersama bantuan yang amat diperlukan oleh rakyat Gaza. Kerajaan akan lakukan yang terbaik untuk membebaskan warga Malaysia dalam tahanan.Â
Dengan…