
PETALING JAYA: Keputusan Anwar Ibrahim bertanding di Tambun merupakan langkah “panglima yang mahu menunjukkan cara berperang” dengan bertindak masuk ke kerusi tidak selamat pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata bekas ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.
Katanya, tindakan itu demi ‘mengajar’ pimpinan parti tidak mudah mengambil kerusi selamat semata-mata.
“Sebab kalau jeneral perang tak tunjuk cara nak pergi perang, orang lain tak akan ikut sebab kebiasaannya kepimpinan ini semua nak ambil ‘seat’ (kerusi) selamat sahaja. Alhamdulillah, beliau sudah tunjuk langkah panglima perang, harap itu akan jadi lonjakan PRU kali ini,” lapor Utusan Malaysia.
Pada 20 Okt, Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengumumkan bertanding di Parlimen Tambun ketika berucap pada…