

Malaysia menjemput Ethiopia membuka kedutaan di Kuala Lumpur dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan dua hala susulan siri lawatan peringkat tinggi.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan jemputan itu selepas bertemu rakan sejawat, Abiy Ahmed, di sela Sidang Kemuncak BRICS ke-18.
Kedua pemimpin bersetuju mengadakan rundingan bilateral pertama Malaysia-Ethiopia di Kuala Lumpur tahun hadapan bagi membincangkan isu dua hala serta meneroka bidang kerjasama baharu.
Anwar dan Abiy turut membincangkan langkah meluaskan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, serta beberapa industri yang sedang berkembang.
Mereka turut membincangkan kerjasama produk halal, pertanian, keterjaminan makanan, dan farmaseutikal, selain meneroka peluang dalam perkhidmatan digital, tenaga boleh baharu, dan pelancongan.
Anwar menyambut baik hubungan yang…