
PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim hanya mengumumkan dua jawatan timbalan perdana menteri (TPM) akan diperuntukkan gabungan itu dan bukan tiga seperti dilaporkan media semalam, kata pembantunya.
Susulan itu, setiausaha akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah meminta media memperbetulkan laporan yang telah dikeluarkan itu.
“Saya merujuk laporan media terkait pengumuman Anwar mengenai cadangan jawatan TPM di Sandakan semalam.
“Cadangan itu merangkumi seorang TPM dari Semenanjung dan Sabah/Sarawak,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Bernama melaporkan, PH akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya tiga jawatan TPM diwujudkan jika gabungan itu dipilih menerajui kerajaan selepas PRU15 19 Nov.
Dalam laporannya, media itu memetik Anwar…