
PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengecam masyarakat antarabangsa kerana secara berterusan mengambil tindakan berat sebelah terkait segala bentuk kekejaman dan penindasan terhadap rakyat Palestin.
Dalam satu hantaran di laman X, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.
“Rampasan tanah dan harta milik rakyat Palestin dibuat Zionis tanpa henti.
“Akibat ketidakadilan ini, ratusan nyawa yang tidak bersalah menjadi mangsa korban,” katanya.
Terdahulu Wisma Putra dalam satu kenyataan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) segera mengadakan sidang tergempar bagi menghentikan keganasan di Palestin.
Putrajaya juga menggesa semua pihak yang terlibat untuk bersikap penuh kawalan diri dan berusaha untuk mengurangkan ketegangan.
“Puncanya mesti…
